Pengalaman Terindah

15:19:00


Hai . Assalamualaikum semua . Haaaa , nampak tak gambar atas tu ? Muka penat eyqin masa hiking kat Bukit Terisek . Huhu . First of all , sorry sebab lama menyepi . Agak busy , baru balek dari camp 4 hari yang lepas . Hahaha . So , harini muncul kembali dengan cerita baru , pengalaman masa camping di Taman Negara , Kuala Tahan , Pahang . Siapa pernah pergi sana ?!! Angkat tangannnnn . Huhu . Jujur , camping paling seronok yang pernah eyqin rasa . Cikgu cikgi or students yang nak buat program camping , eyqin rasa tempat ni memang the best . Aktiviti dia relaks je . Pengalaman memang banyak gila . Hahaha memang eyqin vote 5 stars . Gambar kat atas tu diambil pada hari kedua , aktiviti jungle trekking . Satu-satunya cabaran yang paling memenatkan untuk orang yang berisi macam eyqin . Hahaha . Penat dia jangan cakap , 2 jam wehh nak mendaki . Hahaha . Masa jalan flat tu okay lagi , bila nak naik yang part curam tu , Tuhan je yang tahu seksanya kaki nak meneruskan perjalanan . Bila nampak orang lain berhenti separuh jalan , rasa nak give up tu ada . Hahaha . Penat sangat kot . Tapi mujur ada Ecah dengan Acah Najwa . Hahaha . Diorang yang support aku untuk mendaki sampai ke puncak , and at last , safely arrive kat puncak . Alhamdulillah . so , bawah ni eyqin share gambar masa kitorang kat puncak , 






  Dua tu jelah eh . Hahaha . Haaa tu kat puncak tau . Oh yeah , yang pergi camping ni semuanya 44 orang termasuk cikgu . Pelajar 40 , cikgu 4 orang . So , daripada 40 tu , kitorang dibahagikan kepada 4 kumpulan . Satu kumpulan 10 orang , dan eyqin Team Abg Andy . Abg Andy ni , hahaha , masa memula sampai semua ingat dia belum kahwin . Sporting gila . Baik dan mudah mesra . Rupanya , dah kahwin , anak tiga . Oh ye , esok 23 Mac birthday Abg Andy , so happy birthday in advance abg Andy . Sangat seronok sebenarnya bila dapat bekerjasama dengan orang yang sekepala dengan kita . Dan terima kasih abang Andy sebab sudi amek kitorang as team abg . Hahaha . Trademark abg Andy , suka beno sebut "lahhh" Hahaha . So , sebelum sampai puncak tu , sempatlah team eyqin berwefie . Nak tengok ? Haa bawah ni ada . 



 

Haaa , dah sampai puncak , kitorang pegi canopy walk . So part tu , eyqin sambung kat part lagi satu ye . Mata dah rabak , nak tido . Esok ada kelas . Hahaha . See you soon . 

You Might Also Like

3 comments

  1. Lamanya tak merasa pergi camping. Last masa diploma dulu 😅

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaaa pergi hiking ramai-ramai. Teringin nak try hiking tapi entahlah bila-bila. Heh 😅

    ReplyDelete

Social Network

Followers