Assalamualaikum . Hi guys ! Raya dah nak dekat ni . Lebih kurang 3 bulan je lagi kan . Confirm ada yang tengah serabut nak fikir macam ...

Booking Malindo Air Through Online



Assalamualaikum . Hi guys ! Raya dah nak dekat ni . Lebih kurang 3 bulan je lagi kan . Confirm ada yang tengah serabut nak fikir macam mana nak booking flight tiket secara online kan ?!! Haaa , toksah serabut okay guys . Zaman moden kan . Banyak kemudahannya . Takpe jangan risau . Ofcouse i will help uolls . Buat masa ni kita discuss macam mana nak booking ticket Malindo air ni secara online, untuk penerbangan yang lain kita discuss pada masa akan datang yer. Ok now , jom kita tengok apa yang kita kena buat untuk booking ticket flight Malindo air ni. Let's Go!


As usual kalau korang nak booking ticket mesti la kena masuk homepage syarikat penerbangan pilihan hati korang kan and macam biasa korang kene set the date bila korang plan nak pergi menaiki penerbangan tu, then kena nyatakan berapa orang yang akan turut serta penerbangan tu, kalau ada bawa kanak-kanak pun korang kena nyatakan. Pastu bila korang tekan butang ‘search flight’ dan paparan akan keluarkan berbagai masa penerbangan untuk pilihan korang , then korang bolehlah membuat pilihan masa penerbangan yang bersesuaian dengan plan korang. After dah isi semua butiran maklumat peribadi penumpang yang paling penting ialah pembayaran sama ada dengan menggunakan kad kredit, CIMB clicks ataupun maybank2u. Kalau dah siap buat pembayaran , korang boleh la klik dekat ‘make reservation’ and siap ! Korang boleh lah cek Itinerary or booking confirmation korang kat email yang korang berikan tadi . Make sure email tu still avaiable okay . Benda ni penting tauuuuu !

Ada lagi satu cara yang memudahkan kerja korang untuk membuat  Malindo air online booking ni, iaitu melalui traveloka.com! Eh, boleh buat tempahan tiket penerbangan di traveloka.com? Haaa, jangan korang tak tau, traveloka.com ni bukan sahaja untuk buat tempahan hotel, malahan tempahan flight pun ada. Di traveloka.com seperti biasa korang kena masukkan tarikh bila korang nak pergi dan balik, tak lupa juga dengan berapa ramai yang akan turut serta sewaktu penerbangan itu nanti, and then korang klik ‘search flight’. After that, akan keluar paparan dimana korang boleh pilih pelbagai jenis syarikat penerbangan yang available pada hari yang korang da set kan tu. Bukan itu sahaja tau, korang siap boleh pilih lagi syarikat penerbangan yang menawarkan harga tambang murah dekat traveloka.com ni. So, macam biasa lepas tu isi maklumat peribadi dan settlekan pembayaran samaada dengan kad kredit ataupun kad debit, mudah sahaja! Selalunya, jika korang buat online booking di Traveloka.com ni harga tiket penerbangannya lebih murah daripada korang buat direct online booking through syarikat penerbangan tu sendiri. So, kat sini jep korang da boleh berjimat sampai ratusan ringgit tau.





Check-in and Boarding Pass


Baiklah seperti biasa , bila korang dah ada e-ticket dengan korang , korang kena bear in mind tau, yang itinerary ticket ni bukan korang punya boarding pass. Untuk mendapatkan boarding pass, korang kena buat check-in dulu. Macam mana nak buat check-in? Mudah saja guys, meh sini i guide kan.

First of all, ada dua cara yang di offer oleh Malindo air untuk buat check-in ni. Satu, dengan cara korang datang sendiri ke kaunter Malindo air, dan para petugas Malindo air ni akan check-in kan korang and terus dapat boarding pass. Cara yang kedua pulak, korang boleh buat self check-in menerusi laman web Malindo air. Korang boleh masukkan butiran korang based on itinerary ticket yang korang dapat tu. Lepas tu korang boleh lah pilih tempat duduk yang korang nak, settle semua tu korang boleh lah print korang punya boarding pass.

So, daripada boarding pass ni, dia ada letak maklumat penting seperti gate untuk berlepas dan seat number korang. Jadi pada hari kejadian, korang haruslah bergerak ke gate yang betul mengikut apa yang dah ditetapkan dalam boarding pass tu. Korang mesti alert tau, nanti ada pulak yang tertinggal kapal terbang.

A gentle reminder buat korang yang tak berapa mahir dengan selok-belok airport yang hendak dituju tu, sila lah datang 1 jam lebih awal agar tak de lah korang menggagau mencari gate berlepas. Akhir kata, selamat menikmati penerbangan di awan biru dan Good luck guys!

Assalamulaikum . Banner tu menjelaskan segalanya . Hahaha . Macam tak percaya dan masih tak percaya sebenarnya blog Seorang Syed anjurka...

Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!

Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!

Assalamulaikum . Banner tu menjelaskan segalanya . Hahaha . Macam tak percaya dan masih tak percaya sebenarnya blog Seorang Syed anjurkan segmen . Siapa lagi bloggers yang tak kenal dengan blog ni ? Terjahlah . Serius , banyak info , motivate dan banyak lagi yang u guys boleh angkut . Macam aku sendiri , selalu je jengah blog ni . Jarang komen sebab aku memang jenis yang jarang komen blog orang . Silent reader katakan . Hahaha . Tapi , blog seorang Syed ni memang dah di bookmark kat chrome ni . So , asal bukak lappy , bukak chrome , memang automatik terjah blog seorang Syed . Tak percaya ? Tak percaya sudah . Yang penting i tak bohong . Hahaha .

Nyatakan kenapa anda mahu berada di dalam bloglist Seorang Syed  
Kenapa nak tersenarai dalam blog Seorang Syed ? Gila siapa yang taknak . Hahaha . Antara blogger yang mempunyai jumlah pengomen yang terbanyak dan semestinya , traffic blog Seorang Syed tinggi ! Maka , apalah salahnya sekiranya diriku yang merupakan insan kerdil dalam dunia blogger ini tumpang tempias sikit-sikit . Hahaha . Lepastu , dah confirm confirm tuan blog akan selalu singgah blog kerdil aku ni . So , naiklah jugak page views aku tu . Naik sikit pon jadilah , asalkan naik . Ye dokkkkk . Haaa , so encik Syed , pertimbangkan nyaa . Hehe .


Tulis short review tentang blog Seorang Syed

Blog Seorang Syed sememangnya dikenali dengan kekemasan blognya . Design yang tersendiri dan yang penting menarik minat setiap pembaca . Warna biru yang blog Seorang Syed pilih memang sangat berkesan untuk membuat pembaca gemar untuk meneruskan pembacaan . Hahaha , ayat skema sangat ke ? Tuan punya blog pon sporting dan tak sombong . Sesiapa sahaja yang komen kat blognya , mesti akan dibalas . Tak cepat , lambat . Tapi memang balas . Sebab tu ramai bloggers yang senang dengan sifat tuan blog Seorang Syed .  Tak dinafikan , tuan blog Seorang Syed juga selalu datang ke blog aku ni dan bagi komen . Dan pasti , entri ni pon akan dikomennya . Hahaha . So , tu je review dari tuan blog Stalky Raunchyy .

Kepada tuan blog Seorang Syed , semoga terus berjaya dalam dunia blogger , dan sentiasa berjaya dalam kehidupan didunia dan akhirat . Sekian . Terima kasih . 

Nak join ? Klik banner atau klik sini