Pembuka Bicara Setelah Sekian Lama

12:11:00

 

Hello everyone. Dah terlalu lama meninggalkan penulisan disini. Rindu ingin menulis dan bercerita tentang apa yang terjadi dalam kehidupan sementara. Banyak benda ingin diluah, banyak rasa yang ingin dicurah. Mungkin bukan semuanya, tapi banyak untuk dicerita. 

Harini sekadar membuka bicara setelah lama tidak bersua. Rindu betul nak bicara rasa disini. Ohya, diharapkan sang pembaca menjalani hari hari yang ceria sahaja. Jikalau ada duka, jangan risau. Bahagianya akan muncul juga. 

Aku menulis bukan untuk menagih popular, aku menulis juga bukan sekadar mengisi masa tapi aku menulis untuk mencurah segala rasa disini meski tahu tidak ramai yang membaca. Mungkin dah terbiasa meluah dengan cara menulis. Ya, akhirnya aku kembali ke bidang penulisan blogger yang semakin suram ditelan zaman. 

Sebagai pembuka bicara hari ini, biarlah aku bercerita sedikit perkembangan yang berlaku pada insan empunya blogger ini. Aku kini telah tamat pengajian degree yang aku sendiri tak sangka aku mampu menghabiskannya dengan jaya. Meski misi dekan tidak dapat digenggam, aku bersyukur dengan apa sahaja keputusan yang aku perolehi sekarang. Aku malah bangga kerana aku mampu menamatkan pengajian walaupun ada awalnya aku bercadang untuk berhenti pengajian awal lebih awal dek kerana kekangan keluarga yang membuat aku berasa aku ni hanya bebanan bagi mereka semasa aku melanjutkan pelajaran. Alhamdulillah, keluarga sangat memberi sokongan yang mampu membuat aku berjaya ke tahap ini. 

Sini aku ceritakan sedikit tentang perjalanan aku sebagai anak sulung dari keluarga yang kurang senang. Ayah yang tidak ada upaya bekerja, ibu yang kudratnya tidak sekuat orang muda, dan adik yang berkorban apa sahaja demi keluarganya.  Tiada harta mampu aku balas terhadap mereka bertiga yang paling banyak berjasa dalam perjuangan ini. Sikit pon takkan aku lupakan. Terima kasih ayah. Terima kasih ibu. Terima kasih adik. Terima kasih yang tiada penghujung aku ucapkan kerana rela berkorban untuk insan yang tak berapa berjasa untuk kehidupan kamu semua. Mereka penguat semangat. Mereka penyelamat. Mereka lah kekuatan yang menjadi tunjang untuk aku terus belajar. Maaf kerana masih belum mampu membalas jasa kamu semua. Semoga Allah limpahkan rezeki kita semua. 



Saat pertama menjejaki kampus, sudah terbayang bagaimana rasanya berjauhan dengan mereka buat kali pertama sepanjang 19 tahun bersama. Lemahnya aku sebagai anak perempuan yang selalu berada dekat dengan mereka sehingga tiap saat air mata mengalir apabila mereka berangkat pulang dari menghantar aku ke kolej. Sebelum mereka berangkat, ahli keluarga yang lain sudah mula menceriakan aku kerana mereka juga seronok apabila ada ahli keluarga mereka melanjutkan pelajaran ke universiti. Terima kasih keluarga busu, terima kasih keluarga pokde, terima kasih keluarga mak andak dan terima kasih keluarga lain yang turut mendoakan. 

Siapa sangka, saudara mara yang lain ikut seronok bila tahu aku dapat melanjutkan pelajaran. Siapa sangka, mereka semua sanggup menghantar aku ke kolej beramai ramai sehingga masuk ke pintu kolej. Allah, terima kasih atas kurniaan keluarga yang sangat membahagiakan ini. Dari A-Z urusan aku dibantu oleh along dan busu. Urusan pengangkutan pulak diuruskan keluarga mak andak, dan pokde mokde buatkan hari aku semakin menyeronokkan. Terima kasih semua :) 

Hari pertama di kolej. Saat semua ahli keluarga melangkah pulang, aku kembali ke bilik kolej dengan juraian air mata. Ya, aku sudah rinduu. Tiba saja dikatil, wajah ibu ayah adik sudah mulai terbayang bayang. Bagaimanalah mereka bila aku tiada dirumah, adakah mereka akan baik baik sahaja. Dan, aku kalah lagi dengan air mata. Tak lama lepastu, datang lah housemate memperkenalkan diri mereka :) Dan itulah pengalaman aku sebagai seorang pelajar saat pertama kali melangkah ke alam universiti. 

Kononnya pembuka bicara yang ringkas, tapi tulah. Jadi curahan rasa yang berjela pula. Dan ini pengakhir kata untuk penulisan kalini. Terima kasih yang sudi membaca dan masih setia bersama. Terima kasih juga keluarga saya untuk semua jasanya :) 💓

You Might Also Like

0 comments

Social Network

Followers