Abang
02:09:00Hi everything even I been disappear for a long time, but I still remember my own blog okay
A lot of story nak cerita tapi sedikit pon tak tertulis. Kekangan masa , kekangan sikap malas yang turut melanda menjadi punca utama penulisan tertunggak. Niat nak bergerak aktif dalam dunia blog terpaksa ditunda dahulu demi cita cita yang pernah terkubur suatu masa dahulu.
Dan hari ini aku kembali dengan sebuah cerita yang dianggap biasa namun banyak kisah terselit didalamnya. Aku menulis tentang dia yang pernah berjasa memegang watak sebagai abang. Abang yang hadir saat aku berusia 13 tahun nyatanya memberi seribu kisah bahagia dan sepuluh kisah duka. Menulis tentangnya disini bukanlah semata hanya meraih pembaca, namun lebih kepada penghargaan kepada dia yang sentiasa ada disaat duka.
Abang seorang yang sangat gagah dan tidak pernah bersangka buruk pada orang lain. Banyak cerita buruk yang aku mengadu kepadanya namun sedikit pon tidak dibalas dengan sokongan yang turut memburukkan insan lain. Nasihat yang sentiasa diperkata, aku semat ketat dalam jiwa. Biarlah orang buat dekat kita, jangan kita buat orang tu balik. Terkenang kembali saat pertama kali aku menyapa, dalam sosial media yang kita semua guna. Ahh rindu saat bermanis mulut , ber rindu , ber cerita.
Betullah orang kata. Yang manis itu jarang kekal lama. Semakin hari semakin renggang. Kalau dulu bersembang setiap hari setiap jam, sekarang sebulan sekali tak sampai setengah jam. Berborak apatah lagi. Kalau dulu segala masalah beritahu dia, sekarang aku belajar untuk pendam sendiri. Rindu ? Ya , rindu dengan masa dahulu. Dimana bila aku sedih, aku cari dia untuk mendapatkan semangat semula. Teringat tika PMR, balik dari ambil keputusan telefon dia tanpa berkata apa apa hanya berteman air mata yang tidak berhenti menitis dek kerana keputusan tidak dicapai seperti apa yang dimahukan. Tiada sebarang kata yang mampu diluahkan tika itu. Namun dia kekal berkata, dah buat yang terbaik kan? Usaha lagi masa akan datang. Saat ini, cabaran belajar di universiti lebih besar. Namun aku sedar, aku telah menjadi seorang dewasa. Dan aku tidak layak untuk bersuara tentang tekanan yang dihadapi kepada sesiapa. Aku kena belajar uruskan semuanya sendiri.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Aku mulai biasa dengan apa yang dilalui orang dewasa. Aku semakin jelas dengan apa yang dikatakan tentang menjadi dewasa. Sukar, namun perlu ditangani sendiri. Patutlah, selama aku mengenali dia, tidak pernah sedikit pon dia bercerita tentang masalah dia. Kerana dia cukup dewasa untuk mengatasinya sendiri. Disini, aku cukup kagum. Abang aku, seorang abang yang sangat cekal.
Aku tidak tahu dari mana kekuatannya hadir. Senyuman manis tidak pernah lekang terlukis dibibir. Tutur kata yang sentiasa membuat yang mendengarnya tersenyum dan tiada yang bisa tandingi semangatnya. Teringat saat aku pulang dari sekolah , bercerita tentang kawan yang membuat aku terasa. Sampai rumah menangis telefon dia, dan dia serta merta buat aku tertawa. Mana mahu carik abang sehebat dia ?
Tiada apa yang dikesali sepanjang perkenalan ini. Meski kita tidak seerat dahulu, aku harap ikatan ini dihargai selalu. Kenangan yang dicipta jangan dilupa meski masa kini tidak indah seperti dulu. Banyak lagi cerita yang tersimpan, namun tidak perlu dihebohkan kerana aku kini bukan lagi remaja yang manja, namun seorang dewasa yang perlu terus kuat demi mencapai cita cita.
Sekian nukilan tentang aku dan dia. Jika muak, maafkan saya.
0 comments