Ungkapan Rasa

10:30:00




Malam ini, aku ingin bercerita. Meluahkan semacam rasa yang sesak di dada. Khas buat dia, yang bukan sesiapa. Coretan ini, coretan peribadi. Yang hanya ingin melepaskan rindu yang membuak. Andai sang pembaca tidak selesa, boleh ke coretan seterusnya. 

Teruntuk dia... yang pernah disayangi dan masih disayang, aku disini membawa jiwa rindu yang membara. Kali ini rasa tidak dapat membendung apa apa. Air mata deras membasahi pipi teringatkan cerita kita. Indahnya dahulu kala sampai tak mampu aku ucapkannya.

Teruntuk dia... meski kau tidak pernah membaca, tentang luahan jiwa kaca yang berderai, aku masih mahu mengungkapnya. Kenangan indah kita tidak pernah meruntun dalam jiwa. Perkenalan yang tidak pernah dikesali namun sering diingati. Seronoknya jika kita masih bersama, berkongsi cerita dan bergelak ketawa. Namun itu semua tidak akan pernah menjadi nyata. Sekadar cerita yang dibayangkan sang remaja untuk bahagia. 

Teruntuk dia... semoga kau sedang bahagia. Dengan pilihan yang kau puja, mungkin juga yang sedang kau cinta. Aku rela namun terselit rasa terkilan kerana tiada kata putus yang jelas nyata. Biarkan ikatan hubungan kita tergantung umpama melepaskan batuk ditangga. Angan angan yang dicipta bersama lesap begitu sahaja. Aku tahu aku bukan yang sempurna. Inginkan yang cantik rupawan jelas nyatanya aku bukan orangnya. Apatah lagi yang kaya bak bangsawan. Namun, aku juga punya hati yang perlu dijagaa. Bukan untuk diseksa sedemikian rupa. 

Teruntuk dia... hati ini bagai kaca terhempas ke batu. Rasa rindu yang tidak tertahan kadang buat diri hilang kawalan. Berbohonglah aku jika tidak terdetik untuk bertanyakan khabar, namun egoistik masih mampu menjadi tembok yang perkasa. Bersyukurlah aku kerana masih punya kewarasan untuk tidak menggangumu. 

Buat dia, aku lepaskan bukan kerana mengejar rasa cinta yang masih tersisa. Namun aku menulis sekadar melepaskan rasa dek kerana tiada yang ingin mendengarnya. Pastinya yang sudi mendengar jadi jemu dan bosan mendengar ungkapan rindu pada orang yang sama, yang sudah nyata pergi jauh meninggalkan secebis jiwa yang tidak dihargainya. Namun persetankan apa mereka kata, kau juga pernah membahagiakan aku dan kau berjaya membuat aku merinduimu sedalam ini. Menulis membuatkan aku lega. meski tiada yang membaca, akhirnya terluah apa yang ingin dicerita. Sakitnya rindu yang sentiasa membelenggu jiwa, penatnya rasa bila berpura gagah saat gagal dalam bercinta. Tuhan Yang Esa tahu dan merancang yang lebih baik untuk kita. Dan akuuu.. masih rindu walau jodoh bukan milik kitaa. 

Dan buat pembaca, ya aku sedang melayan jiwa rindu yang tiada ubatnya. Tiada apa isi isi yang menarik dan hanyalah sekadar perkongsian rasa yang betul betul ikhlas dari jiwa. Maaf seandainya mengguris rasa sang pembaca, namun ini hanyalah nukilan kosong yang dipandang sebelah mata. Terima kasih kerana masih sudi membaca. 


Uploading: 36373 of 36373 bytes uploaded.


You Might Also Like

1 comments

Social Network

Followers