Ikhlas atau Pura Pura?

04:36:00

Sudah lama rasanya tak menaip secara atas talian. Macam biasa, banyak nak diluah banyak nak diungkap namun entah sampai mana bicara yang terhasil nanti. Bait menulis rancak tapi entah cerita penuh atau hanya sandaran semata. Jadi, marilah kita mulakan topik fokusnya

Ikhlas atau hanya sekadar berpura pura? Siapa yang tahu?

Aku, dilamun cinta dengan seorang jejaka yang boleh dikatakan sangat sabar melayani kerenah aku dengan penuh kesabaran. Meski dia masih muda, cara dia sangat berbeza jika dibandingkan dengan lelaki yang pernah aku kenali atau dekati. Namun hati kecil selalu berbisik, ikhlas ke dia? Atau dia hanya kasihan dan terus berpura pura sentiasa bersama aku?

Perkenalan yang diluar jangkaan. Tanpa sedar, bait bait sayang mula terbit dalam hati. Tapi sayang, hanya aku yang merasakan itu. Memulakan langkah untuk terus mendekati si dia. Dan berjaya, kita sama sama mula ada rasa. 

Tapi masih, ikhlas atau berpura pura? Sentiasa itu yang diputarkan dalam fikiran. Sebab kita yang mulakan langkah. Orang selalu kata, she fell first but he fell harder. Tapi aku tak rasa benda tuuu. Aku rasa dihargai. Rasa disayangi tapi masih, ikhlas atau kasihan? Lama aku berfikir, adakah penghalangnya jarak umur kami? Atau dia memang kasihan asbab dia tahu jalan penuh cerita kehidupan aku? 

Sungguh, kalau boleh taknak orang lain dah. Cukup dia yang selalu ada, dan selalu menghidupkan suasana. Tapi kian hari, makin timbul persoalan ikhlas atau berpura pura ~ Aku, selalu keliru. Selalu jugak bingung dengan rasa sendiri. Benarkah ini rasa yang sepatutnya? Hanya aku ke yang merindui? Hanya aku ke yang menyayangi? Namun, tindak tanduk yang dia berikan sangat memberi respon positif terhadap perasaan aku. 

Pernah terdengar, seorang lelaki boleh melayani seorang perempuan tanpa sebarang perasaan pon.  Dan itu membuat aku semakin takut dengan kenyataan yang bakal aku hadapi. Macam mana, kita nak tahu dia betul betul ikhlas? Macam mana kita nak tahu yang dia betul betul sayang? Macam mana nak tahu apa yang dia rasa sebenarnya? Aku bingung, seriuss シシシ

Entahlah, mungkin aku memang tak layak untuk merasa bahagia. Atau mungkin, jodoh bukan didunia ni. Bohong, kalau perempuan seusia aku ni tiada hati untuk berkahwin. Penat dengan dugaan dunia, tiada teman meluah, tiada tempat bersandar. Siapa lagi kita harapkan kalau bukan partner kita sendiri kita kan?

But its okay, semoga semuanya baik baik sahaja untuk kita semua. Semoga kita jumpa dengan the exactly our "everything", "everyone". Heheheh. Maaf kalau melalutnya banyak sangat. Cukup coretan merepek untuk hari ini. Terima kasih masih sudi membaca coretan buruk ni. 

You Might Also Like

0 comments

Social Network

Followers