HATI, MOHON KUAT!

21:37:00

Hai semua. Ya masih disini, dan masih meneruskan lisan yang terpendam. Macam kelakar kan, setahun sekali muncul tapi masih berbicara denga rasa yang masih sama. Mungkin aku yang masih bodoh menantikan penantian yang tiada pasti? Atau memang pasti tidak memiliki cuma menikmati rasa yang masih tersisa? Ya mungkinnnnn.

Jadi mari kita teruskan bicara hati dalam bentuk penulisan yang mungkin menyakitkan hati sendiri. Ya, aku maish dengan rasa yang sama. Masih mencintai dia yang bertakhta dalam hati. Manakala dia? Sudah pergi dengan rela hati kepada yang lebih layak untuk disayangi. Hehehehehe. 

Sakit rupanya meninggalkan orang yang betul betul kita sayang dengan ikhlas. Aku ke yang meninggalkan? Mungkin ya. Mungkin tidak. Dia sudah ada yang baru. Yang dekat dimata dan sentiasa dekat dihati. Betul lah orang cakap, yang setia pasti akan kalah dengan yang di depan mata senantiasa. Tapi tak mengapa, asal itu mampu buat si dia tersenyum bahagia, aku relakan. 

Seperti yang aku kata, rasa masih sama. Cuma mungkin ini masanya untuk aku perlahan-lahan membuang rasa luka yang ada dalam jiwa. Perlahan lahan membuang rasa cinta dan sayang yang telah lama tertanam dalam jiwa. Mungkin tak mudah, namun aku perlu bertindak untuk melepaskan rasa yang boleh merosak jiwa dan menjadi penghalang untuk aku bahagia dimasa akan datang. Jap, masih ada ke sinar bahagia untuk orang seperti aku? HAHAHAHAHA

Kadang kan. Rasa macam, penatnya nak bercinta. Penatnya nak kenal dengan orang baru. Malasnya nak rasa sakit balik. Tapi bila fikir usia, lepastu orang sekeliling dok push push suruh cari somebody, rasa macam haihhh. Bila nak jumpa yang tepat. Jadi dengan ini, aku rasa dah sampai masanya, aku tutup hati aku serapat rapatnya. Mungkin ini jalan yang terbaik. Cuba dekatkan diri dengan Dia. Mintak syurga Dia pula. Mungkinnnnn ~

Sebenarnya, ada yang lagi menyakitkan baru baru ni. Selang seminggu selepas tarikh lahir dia, ada satu gambar yang dia upload without any caption tapi gambar tu dah terangkan keadaan sebenar sekarang. Ya, dia dah bertunang dengan si dia. Hahahaha sungguh sakit ya, tapi aku redha. Aku mulai perlahan lahan melepaskan apa yang memang bukan ditakdirkan untuk aku. Cuma berharap, rasa ini akan hilang dengan cepat. Bohong kan kalau tak rasa pape. Lagi bohong kalau aku tak menangis. Masa tengok gambar tu, macam shock sekejap lepastu menangis. Tapi takdelah tahap meraung. Menangis dalam diam? Hahahaha. Dengar lagu sedih, baca cerita/thread yang sedih sedih biar habis air mataaa. Btw, banyak juga ya lagi indon yang bapak menusuk kalbu. Asal driving dengar lagu jiwang indo, habis meleleh airmata. 

Ya, im gonna miss him. Eh bukan gonna, already miss him pon. Hahahahaha. Asal lalu Seremban je, mulalah terimbau kenangan lama. Kalau boleh taknak lalu, even signage Seremban pon taknak tengokkkk. Tapi apa boleh buat, kerja dekat KL, kampung kat Johor, lalu mana je tak nampak signage Seremban. 

Doakan aku ya. Doakan aku lupakan dia secepatnya. Doakan aku jumpa jodoh yang baik baik lepasni. Dan doakan juga aku dapat pergi buat umrah biar lagi dekat diri dengan Dia. Penat tapi Allah kan adaa :) tu je yang aku semat dalam jiwa sekaang. Dia bagi pengalaman rasa sakit ni biar akan datang lagi berhati hati. Last, doakan ni posting terakhir pasal dia.


Untuk awak, H. Terima kasih sebab pernah bersama saya. Berkongsi rasa, walaupun mungkin awak terpaksa. Terima kasih untuk masa yang pernah diluangkan. Terima kasih untuk belanja yang dikeluarkan. Terima kasih jadi support system saya masa saya betul betul perlukan. Terima kasih berkorban tenaga datang jumpa saya. Terima kasih untuk senyuman yang pernah terukir untuk saya. Terima kasih pernah belanja family saya. Sungguh, banyak yang awak dah buat untuk buat saya susah lupakan awak. Jangan risau, tiada dendam yang tumbuh, tiada kesal yang hadir. Cuma proses buang rasa tu mungkin makan masa yang agak lama. Semoga awak terus bahagia dengan dia yang awak pilih. Kisah kita, belum sempat terbina tapi rasa sudah habis binasa. Semoga bahagia terus tercipta.



You Might Also Like

0 comments

Social Network

Followers