Booking Malindo Air Through Online

05:58:00



Assalamualaikum . Hi guys ! Raya dah nak dekat ni . Lebih kurang 3 bulan je lagi kan . Confirm ada yang tengah serabut nak fikir macam mana nak booking flight tiket secara online kan ?!! Haaa , toksah serabut okay guys . Zaman moden kan . Banyak kemudahannya . Takpe jangan risau . Ofcouse i will help uolls . Buat masa ni kita discuss macam mana nak booking ticket Malindo air ni secara online, untuk penerbangan yang lain kita discuss pada masa akan datang yer. Ok now , jom kita tengok apa yang kita kena buat untuk booking ticket flight Malindo air ni. Let's Go!


As usual kalau korang nak booking ticket mesti la kena masuk homepage syarikat penerbangan pilihan hati korang kan and macam biasa korang kene set the date bila korang plan nak pergi menaiki penerbangan tu, then kena nyatakan berapa orang yang akan turut serta penerbangan tu, kalau ada bawa kanak-kanak pun korang kena nyatakan. Pastu bila korang tekan butang ‘search flight’ dan paparan akan keluarkan berbagai masa penerbangan untuk pilihan korang , then korang bolehlah membuat pilihan masa penerbangan yang bersesuaian dengan plan korang. After dah isi semua butiran maklumat peribadi penumpang yang paling penting ialah pembayaran sama ada dengan menggunakan kad kredit, CIMB clicks ataupun maybank2u. Kalau dah siap buat pembayaran , korang boleh la klik dekat ‘make reservation’ and siap ! Korang boleh lah cek Itinerary or booking confirmation korang kat email yang korang berikan tadi . Make sure email tu still avaiable okay . Benda ni penting tauuuuu !

Ada lagi satu cara yang memudahkan kerja korang untuk membuat  Malindo air online booking ni, iaitu melalui traveloka.com! Eh, boleh buat tempahan tiket penerbangan di traveloka.com? Haaa, jangan korang tak tau, traveloka.com ni bukan sahaja untuk buat tempahan hotel, malahan tempahan flight pun ada. Di traveloka.com seperti biasa korang kena masukkan tarikh bila korang nak pergi dan balik, tak lupa juga dengan berapa ramai yang akan turut serta sewaktu penerbangan itu nanti, and then korang klik ‘search flight’. After that, akan keluar paparan dimana korang boleh pilih pelbagai jenis syarikat penerbangan yang available pada hari yang korang da set kan tu. Bukan itu sahaja tau, korang siap boleh pilih lagi syarikat penerbangan yang menawarkan harga tambang murah dekat traveloka.com ni. So, macam biasa lepas tu isi maklumat peribadi dan settlekan pembayaran samaada dengan kad kredit ataupun kad debit, mudah sahaja! Selalunya, jika korang buat online booking di Traveloka.com ni harga tiket penerbangannya lebih murah daripada korang buat direct online booking through syarikat penerbangan tu sendiri. So, kat sini jep korang da boleh berjimat sampai ratusan ringgit tau.





Check-in and Boarding Pass


Baiklah seperti biasa , bila korang dah ada e-ticket dengan korang , korang kena bear in mind tau, yang itinerary ticket ni bukan korang punya boarding pass. Untuk mendapatkan boarding pass, korang kena buat check-in dulu. Macam mana nak buat check-in? Mudah saja guys, meh sini i guide kan.

First of all, ada dua cara yang di offer oleh Malindo air untuk buat check-in ni. Satu, dengan cara korang datang sendiri ke kaunter Malindo air, dan para petugas Malindo air ni akan check-in kan korang and terus dapat boarding pass. Cara yang kedua pulak, korang boleh buat self check-in menerusi laman web Malindo air. Korang boleh masukkan butiran korang based on itinerary ticket yang korang dapat tu. Lepas tu korang boleh lah pilih tempat duduk yang korang nak, settle semua tu korang boleh lah print korang punya boarding pass.

So, daripada boarding pass ni, dia ada letak maklumat penting seperti gate untuk berlepas dan seat number korang. Jadi pada hari kejadian, korang haruslah bergerak ke gate yang betul mengikut apa yang dah ditetapkan dalam boarding pass tu. Korang mesti alert tau, nanti ada pulak yang tertinggal kapal terbang.

A gentle reminder buat korang yang tak berapa mahir dengan selok-belok airport yang hendak dituju tu, sila lah datang 1 jam lebih awal agar tak de lah korang menggagau mencari gate berlepas. Akhir kata, selamat menikmati penerbangan di awan biru dan Good luck guys!

You Might Also Like

3 comments

  1. memang sekarang ni semuanya book online...

    ReplyDelete
  2. jimat masa pakai online :) follow here :) #499

    http://sayesyadiya.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. semua dihujung jari sekarang. senang online je

    ReplyDelete

Social Network

Followers