Ukhwah Fillah Abadan Abada
14:14:00Sometimes being a friend means mastering the art of timing. There is a time for silence. A time to let go and allow people to hurl themselves into their own destiny. And a time to prepare to pick up the pieces when it's all over - Octavia Butler
hai assalamualaikum semuaa
okay , harini kita cerita special sikit . tentang budak yang nak masuk universiti . emm agak sedih sebab nak berpisah . tapi ini semua demi masa depan masing-masing so we cant do anything except pray for their best okay , kita cerita pasal student UTeM dulu CIK NURIN IZZATI okay , aku mula rapat dengan dia since form 3 . kenal masa form 2 satu group tempat duduk tapi tak rapat manalah , naik form 3 dialah deskmate aku sampailah ke form 5 . selalu tolong ajar aku . selalu dengar masalah aku selalu care pasal aku . emm selalu cubit aku . hahaha . paling marah kene cubit dengan sampai naik lebam tangan kanan aku tapi tu semua small matter . apepon , aku stay sayang dia . sejujurnya , aku malu kawan ngan dia . sebab apa ? sebab dia terlalu pandai . kadang aku rasa aku tak layak nak berkawan dengan dia . pernah aku cuba jauhkan diri daripada dia . try separate tapi tetap tak menjadi . jodoh kami kuat agaknya dan alhamdulillah , sampai sekarang still berkawan dan apa yang aku harap , dia boleh stay jadi sahabat aku
buat nurin ,
terima kasih sebab sentiasa sabar dengan perangai aku . terima kasih untuk segala ilmu yang kau dah sumbangkan untuk aku . terima kasih untuk penat lelah yang kau korbankan untuk aku . terima kasih untuk kasih sayang yang kau curahkan untuk aku . dan terima kasih untuk segalanya . duduk kat tempat orang tu jaga diri bebaik . belajar elok-elok , dah berjaya nanti jangan lupa aku tau . goodluck , mat yuyin . saaaayang kau
okay next , bakal student UniKL . CIK ANISAH AQILAH sama macam nurin , aku mula rapat dengan dia since form 3 , tapi kenal pon form 3 . hee . dia ni lah satu-satunya kawan aku yang percakapan dia macam gadis melayu terakhir . lemah lembut , sopan santun , penuh ayu gituwww . hahaha dia selalu loading tapi dia pon pandaii ! for your information , dia ada bakat seni uolls haha , dalam diam dia dapat anugerah SPM terbaik untuk subjek seni visual
lagi nak cerita ape ? haha taktahu dahhh . em , dia selalu gak ajar aku dalam subjek yang aku taktahu . so , tu je kisah dia . hehehehe .
buat qilah ,
thanks for everything . terima kasih still stay kawan dengan aku yang tak berapa banyak ilmu macam kau ni . terima kasih sebab sukarela jadi mangsa kekacauan aku . terima kasih sebab sudi tolong aku kalau aku memerlukan . dah stay jauh nanti jangan lupa kat aku . jangan lenyapkan keayuan kau tu . jangan cengeng . jangan loading sangat . yang penting kau kena kuat dan jaga diri kau bebaik k . loveyou
so , tu je story untuk harini . so guys , pilih sahabat elok-elok . sebab sahabat tu lah yang kita akan jadikan contoh . contoh baik , jadi baik lah kita . contoh buruk pula jadilah yang sebaliknya . last word , hagailah sahabat yang sentiasa ada untuk mendukung kita ke arah kebaikan , yang sentiasa ada meski gembira mahupon dalam kedukaan , yang paling penting , yang sentiasa mengingatkan kita kepada sang pencipta Yang Maha Esa . sekian .
1 comments
Semoga persahabatan yang dibina kekal sampai kesyurga ya. Bukan mudah nak ada kawan baik yang sanggup susah senang bersama :)
ReplyDelete