Selamat Hari Raya

08:52:00

Image result for selamat hari raya

Assalamualaikum and hi ! Dah terlambat ke nak wish selamat hari raya ni ? hahaha . Alhamdulillah , jumpa jugak Syawal tahun ni . Mudah mudahan , umur panjang jumpa Ramadhan dan Syawal akan datang pulak kan . Banyak tak duit raya dapat adik adik sekalian ? Sis ada dapat jugak , tapi jujurlah , dah habis sis gunaka untuk sekolah . Hahaha . Since banyak sangat keje yang kene buat yang melibatkan kos , so sis guna lah duit raya tersebut . Nak mintak parents segan .

Lama rasanya tak update blog . Busy kalah perdana menteri . Perdana Menteri pon ontweet selalu tau ! Choiii . Hahaha . Sebenarnya nak bagitau , sem 3 adalam sem paling sibuk . Bukak lappy semata nak hadap assignment je geng . Nak hadap blog tak sempat . Ni pon sebenarnya banyak assignment still incomplete tapi curik masa sikit untuk blog . Tak sanggup nak biar blog ni sebenarnya , tetapi apakan daya , komitmen belajar tu lagi penting . Haish , macam mana nak jadi blogger berjaya ni , asyik tinggal blog je . Huhu .

Sem 3 ade projek besar . Projek yang melibatkan sekolah . Pameran Seni guys ! Hahaha . Nak kata aku ni ada bakat , takde langsung . Tapi in shaa Allah , i will perform my best . Hehehe . Sekarang masih dalam penghasilan folio . Sangat jenuh nak melukis . Rasa macam nak upah someone yang sanggup buatkan . Tapi macam tak timbul kepuasan pulak . So nak taknak , buat sendiri hadap sendiri . Submit kat cikgu , cikgu reject , hadap lagi benda yang sama . Begitulah nasib aku bulan ni . Hahaha .

Sebenarnya nak cerita pasal raya je . Tapi terselit jugak cerita pasal assignment . Hahaha maap guys . Back to the main topic , Selamat Hari Rayaaa ! Hehe . Raya tahun ni balek kampung dekat Labis , Johor . Siapa budak labis , boleh contact sis okay . Nanti boleh jumpa bebila free . Hahaha . Kampungku di Felda Chemplak . This year balek lama sikit . Selalu balek 2 hari satu malam je . Tahun ni tambah satu hari satu malam . Hahaha . Alhamdulillah , pokde dan busu bertungkus lumus mengumpul dana nak renovate bilik air kat kampung supaya memudahkan pergerakan ayah aku yang menggunakan kerusi roda . Yes , my dad orang kurang upaya . Bergerak ke sana ke mari menggunakan kerusi roda . Hehe . Alhamdulillah jugak , sebab dikurniakan saudara mara yang sangat prihatin . Baik tu mestilah kan .

Since tandas dh renovate , maka tiada alasan lagi untuk aku dan keluarga untuk pulang ke kampung . Selalunya , kalau balek kampung tu , tak tido pon sebab ayah susah nak berurusan di toilet dan mungkin ayah akan kurang selesa . So , selalu raya balek kampung kejap lepastu tido rumah pokde yang dekat jugaklah dengan kampung . Takdelah dekat sangat . Lenguh jugak kaki nak drive ke rumah pokde tu . Huhu . Nasib baik pokde sentiasa mengalukan kehadiran kami . Since aku anak sedare yg agak rapat tau dengan dia . Hahahaha . Bangga japp .

Raya tahun ni , aku gayakan dengan baju raya bertemakan warna kelabu . Dua pasang baju raya warna kelabu , satu tudung slate grey dan sepasang kasut warna kelabu jugak . Hahaha semua kelabu ! Nak gamba ? Tak payahlah . Malas nak upload . Raya tahun ni , kurang ahli dekat kampung . Pak Long ubah mood raya . Hahaha , yg ni taknak cerita . Kelakoo . Hahaha . Pokteh pulak tak balek , sebab mokteh baru keluar hospital hari last puasa . Alhamdulillah , nasib baik dapat beraya . Huhu . Family mak ndak pulak , agak kurang ceria . Ya , kami kehilangan pak ndak kami tahun ni :( La hawla wala quwwata illa billah . Kami redho :') .Maka , sebab tu family Mak ndak tak ceria . Tapi alhamdulillah jugak , anak dia semua beraya bersama dia tahun ni . Maka penuhlah kampung aku tu dengan mereka anak beranak serta cucunyaa . Huhu . Pokde dan mak itam pulak , sekadar melawat dan menziarahi . Tak bermalam sebab Mak Itam bermalam dirumah pokde .

Seronok raya tahun ni . Tapi juadah tak banyak ! Hahaha . Biasa ibu kalau balek kampung mesti bawak balek lauk favourite aku dan sepupu sepapat , Ayam Masak Merah . Hahaha . Tapi tahun ni tak bawak . Sempat makan hari raya pertama je . Pastu habisssssss . Hahaha sob sob . Tapi papepun , terima kasih ibu sebab sudi masak even ibu tak larat pon senanya nak masak . Heeee .

So geng , Selamat Hari Raya . Banyak gak aku taip malam ni . Huhuhuhu . ehh lupa , akhirnya aku layak gak dapat Bantuan Pendidikan 1 Malaysia tu setelah sekian lama menunggu , huhuhu . SHRMZDB guys !!!  Jumpa next entry .

You Might Also Like

8 comments

Social Network