Menghargai & Mengingati

11:33:00

Image result for quotes about remembering about people who helped us

Assalammualaikum dan hi semua . Harini terpanggil untuk menulis tentang menghargai dan mengingati . Benda yang senang tapi sukar diaplikasi . Nak dijadikan cerita sebenarnya , aku terpanggil nak berbicara tentang topik ini sebab sesuatu berlaku di kawasan perumahan aku yang ada kaitan dengan topik ini :) Hehe poyo betul ayat .

Okay lets begin . Sebenarnya menghargai orang ni tak susah :') tapi orang yang buat benda ni susah . pernah tak kau baca quotes kat atas tu ? Ya , jangan pernah lupa mereka yang menolong kita semasa susah . Itu point yang aku nak tekankan sini .

Sejak ayah aku kena potong kaki , aku semakin nampak siapa yang datang dan siapa yang pergi . Insan yang datang ini yang buat aku terharu , yang buat aku sebak . Aku bersyukur sangat sebab dalam susah ayah aku , ada jugak yang masih sanggup hulurkan tangan berikan apa yang perlu . Alhamdulillah , ramai :') Ya , jasa mereka inilah yang akan aku hargai . Yang tidak akan pernah aku lupakan , yang akan aku kenang sampai bila-bila . Hendak membalasnya entah bila , makanya aku hanya berdoa supaya dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati ALLAH SWT . Allahumma ameen .

Kalau nak tahu , disebabkan kehadiran sang penghulur tangan yang ikhlas ini , aku jadi kuat . Ayah jadi kuat , dan keluarga aku jadi kuat . Taktahu aku kuat atau tak hadap kalau tanpa sokongan mereka semua . Siapa yang sanggup tengok ayah yang selama ni bekerja keras untuk family kau , yang suka gurau dengan kau , yang selalu hantar kau pegi sekolah , yang tanpa segan menghadap cikgu untuk ambil keputusan peperiksaan kau masa hari terbuka kena potong kaki . Allahu . Kalau sebelah okay lagi , tapi dua-dua belah . Kau kuat ke sorang-sorang ? Tak wehhhhhhh . Aku tak rasa kau kuat . Ya , ALLAH itu ada . Selain Dia , bohong kalau kita tak perlukan kata semangat dari orang lain :')

Masa hari pertama ayah balik dari hospital , aku nampak . Nampak siapa yang hulurkan bantuan , yang bagi semangat kat ayah . Orang tu , aku takkan lupa . Aku akan hargai dia sampai bila-bila . Siapa yang sanggup tunggu ayah sampai pukul 2 pagi ? Semata-mata nak tengok keadaan ayah . Tak ramai ... Tapi ada juga yang membantu dari segi lain. Mereka juga dihargai .

Pointnya kat sini , belajarlah menghargai sesiapa je yang pernah menolong kita masa kita susah . Terus mengingati mereka . Tak salah pon kita buat macam tu . Even diorang taktahu kita hargai diorang , Allah tahu . Hargai bukan kena bagi duit or something yang berharga , cukup kalau kau balik kampung , kau tanya dia sihat ke tak , kau salam cium tangan dia , dan ucap balik terima kasih sebab dia pernah menolong dulu . Simple . Tu pon dah cukup bahagia , percayalah . Jangan jadi seperti "kera yang mendapat bunga" tau ! Pesanan ikhlas aku , belajar dan belajarlah menghargai orang lain . Jangan lupa jasa mereka yang pernah bantu kita . Kenanglah mereka , dan doakanlah mereka . Jumpa next entry kawan-kawan .

Lot of love from me <3

You Might Also Like

3 comments

  1. OMG i've been here before. You gave me idea for my next week post! Haha. The key is patience.

    ReplyDelete

Social Network