Apa Itu Gastrik ?

10:49:00

Haii . Okayy , asal tetiba jea nak hupdatee pasal Gastrik ? Actt , eyqin baru jea lepas kene serang gastrik petang tadi selepas makan jemput-jemput cicah sambal kicap . Umphhhhh  sambal kicap dia punya pedas lahaii . Terima Kasih cik Nora sebab buat sambal kicap yang memang gila pedass .  . Okayy , back to the tittle , apa itu Gastrik ?


Gastrik : Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Penyebab Gastrik :


  • Perut meliputi kantung kosang yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen dan ianya betul-betul terletak di bawah rusuk . Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu geleng makanan serta minuman . 
  •  Tisu perut tersusun rapat sesama sendiri seperti kipas ketika perut kosong dan apabila ada makanan , lipatan ini akan terbuka dan mengembang secara automatik . Dalam perut inilah , makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus . Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
  • Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.
Punca-punca Lain Gastrik :

  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stress
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
Gastrik Terbahagi Kepada Dua :

  • Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
  • Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.

Tu jea perkongsian untuk hari ni . Thanks sudi baca . Harap dapat membantu 

You Might Also Like

1 comments

Social Network