Blogger,

Resepi Ayam Masak Merah

03:17:00 Eyqin Asyiqin 4 Comments



LAZADA RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST | Yeaayyy , Lazada Blogger contest kembali lagi . Sudah pastinya , akulah orang yang paling menunggu untuk Lazada mengadakan contest . Harapnya ada rezeki kalini . Sebab ada benda yang tak dijangka berlaku masa menang blogger contest yang lepas . Takmau cerita . Haha . Baiklah , mari kita patuhi syarat yang ditetapkan .

Tema minggu ini adalah : Delicious Ramadhan .

a. What are your favorite Iftar dishes?
- Ayam Masak Merah . Paling favourite sebab ibu masak sedap sangat . Mana ada masakan ibu yang tak sedapkan . Hee . Selain ayam masak merah , makanan yang wajib ada adalah kuih akok . Kuih tradisional yang sangat lazat . Selalunya kuih tu dijual kat bazar . 5 seringgit . Hehe . Air pulak , semestinya air jagung atau air tembikai susu . Kurma dan kismis tu wajib . Hehe

b.  Share the recipes of the dishes 
- Resepi Ayam Masak Merah
Ni resepi rahsia tau . Ikut tekak family aku , okay je . Hehe . 

Bahan-bahannya

~ Seekor ayam ( potong 12 )
~ 2@3 batang serai 
~ Lada kering 
~ Bawang merah ( 2@3 biji )
~ Bawang putih ( 1 labu )
~ Sos cili
~ Sos tamato
~ Tomato *optional
~ Minyak masak *agak-agak sendiri
~Garam gula secukupnya

Cara-caranya 

Bersihkan ayam dulu . Hahaha . Hiris serai halus halus . Takyah halus sangat pon takpe . Lepastu blender sekali arung serai yang dah dihiris dengan bawang merah dan bawang putih yang dah dikupas . Dalam masa yang sama , rebus lada kering . Dah siap rebus , blend pulak lada kering tu . Masukkan minyak dalam kuali dan panaskan minyak . Minyak dah panas , tumis bawang dan serai yang dah diblend tadi . Bila dah naik bau , masukkan lada kering yang dah diblend . Sambil sambil tumis tu , goreng ayam . Ayam nak goreng awal pon boleh kalau ada satu kuali ke . Kat rumah biasanya sambil goreng ayam sambil sediakan bahan . Hahaha . Okay dah siap tumis sampai pecah minyak tu , masukkan sos tomato dan sos cili . Takyah banyak sangat . dalam 1 atau 2 senduk je . Takyah penuh senduk tu . Haa , dah nampak tekstur dia lawa , masukkan garam dan gula secukupnya then kalau rasa dah okay boleh masukkan ayam yang dah digoreng dan tomato . Kacau kacau rata , siap . 
----------------------------------------------------------------------------------------------
Tu resepi ayam masak merah . Kuih akok dan air tu jarang buat , selalu beli . So , tak confident nak share resepi dia . 

c. What kind of products can you find on Lazada’s platform to help you prepare the dishes? 

1. c
2.c

3.c

Ketiga-tiga barang diatas sangat diperlukan . Ya , semuanya ada dirumah tapi semuanya dah berusia lebih dari 7 tahun . Lebih lebih lagi dapur gas dan periuk kuali tu . Hahaha . Blender dalam 3 or 4 tahun jugaklah . Since nak raya ni , mana tahu dapat merasa barang baru dari Lazada . Hehe

Done buat semua yang dikehendaki . Para blogger dijemput hadir . Makin banyak peserta , makin banyak hadiah yang ditawarkan . Maklumat lanjut boleh klik link ni . Jom join ramai ramaiii !!

Wish me luck yaaaa ! Hehe .

You Might Also Like

4 comments:

  1. Thanks for doing this, seyes nak join. Nak blender baru jugakkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Join jangan tak join . Makin ramai makin meriah ! Hehehe

      Delete

Social Network