Apa Nilai Seorang Guru Dimata Masyarakat Kini ?

10:19:00


Related image

Assalammualaikum semua :) Topik menarik untuk dikupas harini disebabkan isu yang viral tentang seorang guru yang bernama Azizan . Cikgu Azizan menampar seorang pelajar darjah enam yang ditangkap sedang menghidu gam dan merekrut rakan rakan yang lain untuk menghidu gam . Dikhabarkan , pelajar tersebut juga mengalami masalah disiplin yang lain , termasuk ponteng sekolah dan membuli . 

Pokoknya disini , bukan isu ini yang aku nak highlight . Tapi isu nilai seorang guru dimata masyarakat kini . Ya , aku yakin dan pasti semua tahu seorang guru umpama lilin yang membakar diri sendiri demi menerangi kehidupan orang lain . Tapi sejauh manakah masyarakat kini menghargai kehadiran seorang guru itu ? 

Aku , pernah bercita cita untuk menjadi seorang guru . Pada awalnya , bercita cita untuk menjadi seorang guru di sekolah menengah , namun apabila aku semakin meningkat remaja , aku semakin terdedah dengan perangai para pelajar sekolah menengah dan aku segera mengubah cita cita aku daripada menjadi seorang guru sekolah menengah kepada guru sekolah rendah . Dalam tahun 2015 - 2016 , aku kerap mendengar luahan para guru sekolah rendah yang semakin stress dengan perangai ibu bapa yang sering tidak berpuas hati dengan tindakan mereka terhadap anaknya . Dan apa yang terjadi ? Aku semakin kurang berminat untuk menjadi tenaga pengajar baik dalam sekolah rendah mahupun sekolah menengah . Tadika ? Mungkin boleh dipertimbangkan . 

Isu cikgu azizan telah membuktikan betapa sayangnya ibu bapa terhadap anak anak mereka . Dan , sekali lagi aku semakin gentar untuk memegang cita cita menjadi seorang guru disebabkan sayangnya ibu bapa terhadap anak mereka . 

Aku tidak pasti , ibu bapa yang melarang anak mereka dirotan dan didenda guru ini tidak pernah dirotan oleh guru semasa mereka bersekolah atau hanya sekadar tidak memberi anak mereka disentuh oleh sesiapa ? 

Nak tahu apa luahan yang aku pernah dengar daripada guru sekolah rendah ? Begini nadanya ketika bersuara , " cik M tahu tak , saya kadang kadang sedih tengok pelajar saya , tak siap kerja rumah , tak jawab periksa , tidur dalam kelas . Saya tak berani cik M nak sentuh dia , takut dikenakan tindakan . Kita ni orang bawah je . Saya pernah telefon ibu pelajar tersebut pada waktu persekolahan  *Bukan waktu pengajaran ye* , tapi malangnya ibu pelajar tersebut sekadar angkat dan beritahu bahawa beliau sedang sibuk . " Haa macam tulah bunyinya . Lepastu , dia cakap , ade je kes guru yang nak bunuh diri sebab terlalu stress dengan perangai anak murid . 

Aku takut akan generasi akan datang . Bukan takut akan kecerdikkan mereka , tapi takut dengan keganasan yang bakal mereka bawa . Sedangkan pelajar sekolah rendah sudah berani hisap gam dan aktiviti itu jelas menjadi masalah perilaku kepada seseorang yang bergelar pelajar namun aktiviti tersebut masih lagi baik dipandangan mata ibu bapa mereka ? I wonder , apa aktiviti yang salah pada mata mereka . 

Aku bukan seorang guru . Tapi aku memegang cita cita untuk menjadi guru meski cita cita itu makin lusuh dihati . Namun ketahuilah bahawa seseorang itu memegang cita cita sebagai seorang guru bukan saja saja nak jadi cikgu . Bukan semata mata masuk ke kelas , mengajar , habis kelas , pulang ke rumah . Tapi mereka memegang amanah ibu bapa pelajar untuk mendidik anak anak mereka di sekolah . Dan jauh disudut hati mereka untuk melihat semua anak anak muridnya berjaya . Bukan semata mata dalam pelajaran , malah berjaya dalam kehidupan . Aku punyai niat itu . Seandainya aku ditakdirkan untuk menjadi seorang guru , sudah pastinya aku mahukan yang terbaik untuk pelajar aku . Aku nak masa depan pelajar aku cerah . Aku nak semua pelajar aku tahu , apa yang aku lakukan semua untuk kebaikan mereka , meski tak mendatangkan apa apa keuntungan buat diri aku . 

Namun masyarakat kini membuat aku hairan . Sebelum timbulnya kes cikgu azizan ni , aku dah hairan . Kenapa yang salah tu jelas betul dipandangan ibu bapa kini ? Ya , bukan semua ibu bapa sebegitu . Aku bercerita tentang ibu bapa yang berpandangan "pelik" ni . Seandainya ibu bapa itu seorang yang berpelajaran , lupakah anda tentang seorang guru yang pernah mendidik anda ? Tidakkah anda lihat betapa besungguhnya mereka mendidik anak murid mereka ? Jika tidak , anda rugi :) Tolong , jangan bangkitkan tentang isu guru yang tidak menghormati pelajar . Itu guru yang tidak mematuhi etika guru , yang menjadi guru hanya untuk mendapatkan pekerjaan . Kita sedang bercakap tentang guru yang betul betul memegang amanah sebagai seorang guru . 

Aku nampak kesukaran seorang guru menghadap perangai pelajarnya . Aku jadi kagum betapa tabahnya seorang guru melayani kerenah anak muridnya yang bukan seorang ! Tapi kenapa ada yang masih tak nampak pengorbanan guru tu ? Kenapa masih ada yang menghalang apabila guru itu inginkan yang terbaik untuk anak muridnya ? Kenapa masih ada yang tidak fahami yang mereka lakukan semua itu demi masa depan anak muridnya ? 

Dan benda ini terus menjadi persoalan dalam kepala otak aku . Kalau dengan menyaman seorang guru yang bertindak tegas dalam mendisiplinkan anak muridnya menjadikan anda kaya , anda ternyata gagal dalam menjadi ibu bapa yang sayangkan anak anda . Jujur aku cakap , anda GAGAL . Dan kepada ibu bapa yang menghormati guru , terima kasih . Guru juga merupakan ibu bapa kepada anak anda , kerana sekolah merupakan rumah kedua bagi mereka . Lainlah kalau selalu ponteng , bagitahu pergi sekolah tapi lain perginya . Itu lain cerita ehh . 

Banyak aku taip malam ini . Yang baik tu datang dari Allah , yang buruk tu datang dari diri aku sendiri . Jangan kecam , sis cuma meluahkan . Teruskanlah menghargai guru anda , kerana guru itu umpama lilin yang menerangi kehidupan anda .

Sekian huraian panjang aku yang entah ada point atau tidak ><

You Might Also Like

1 comments

  1. Betul sangat huraian sis nie.. tindakan ibu bapa sekarang yg memanjakan anak secara melampau menyebabkan kerjaya guru para masa kini menjadi bertambah stress..

    ReplyDelete

Social Network

Followers